Thursday 31 March 2011

Cara Membuat Baja Organik

  Penggunaan baja kimia sememangnya tidak elok untuk kesihatan dan alam sekitar. jesteru saya menyeru kepada tuan puan yang berminat menanam sendiri sayur-sayuran agar menggunakan baja organik sebagai alternatif untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik.
  Hasil tanaman dari baja organik lebih baik untuk kesihatan kerana tiada kimia yang terkandung dalam tanaman tersebut dan dapat mengelakan kita daripada bahaya kanser. Dipasaran sayur-sayuran yang ditanam secara organik lebih mahal dari sayuran biasa kerana kandungan mineral semula jadi dalam sayuran tersebut lebih tinggi dari sayur yang ditanam dengan baja kimia.
  Kita juga dapat menyelamatkan alam sekitar dengan penggunan baja organik ini. Biasanya kandungan yang berada dalam baja organik adalah Nitrogen, Kalsium, Phosphate dan beberapa lagi mineral yang baik untuk tubuh badan kita. Disini saya ingin menerangkan cara-cara membuat baja organik daripada sisa-sisa makanan seperti nasi, ikan, sisa sayuran dan segala bahan yang bersifat organik yang kita selalu buang.

  1. Sediakan Tong sampah berpenutup
  2. Masukan 20% tanah dalam tong tersebut
  3. Masukan air dalam tong sersebut melebihi paras tanah tadi
  4. Masukan sisa makanan (nasi,batang sayuran, dll) dan tutup tong tadi
  5. Peram bahan-bahan tadi sehingga 14 hari
  6. Masukan sebotol Yakult 
  7. Masukan juga Yis (serbuk penaik pon boleh)
  8. Peram semula dan tunggu 7 hari
selepas 7 hari peraman tersebut akan menghasilkan cecair. tercair tersebut banyak mengandungi bahan organik. Tuan Puan boleh mengunakan cecair ini untuk membaja, samada mencampurkan cecair ini dengan air biasa atau terus ke pokok. tetapi sebaiknye mencampurkan sedikit air biasa. sebanyak mana pun cecair ini dugunakan ia adalah selamat.






   Diharapkan tip-tip ini dapat membantu Tuan Puan menuai hasil yang terbaik.

Monday 14 March 2011

Hasil Kebun Belakang Rumah






Kerajaan mengalakan kita menanam sendiri sayur-sayuran untuk mengelakan pengaliran wang keluar bagi mengimport makanan dari luar negara. Jesteru itu saya dan isteri cuba mempraktikan penamanan sayur dibelakang rumah, tanaman yang saya tanam adalah sayuran asas dalam pemakanan kita seperti sawi, kangkong, tomato, keledek dan lada cili. Tanaman seperti yang saya sebutkan tidak memerlukan ruang yang luas, dengan hanya mempunyai kelebaran tanah dibelakang rumah bersaiz 20'x10' saya mampu bercucuk tanam.

Pemilihan tanaman juga penting, kita perlu mengambil kira sayur-sayuran yang selalu digunakan didapur kita. Tanam sendiri juga baik untuk kesihatan kerana kita dapat mengawal penggunaan racun perosak dan sekali gus dapat menyelamatkan alam sekitar kita dari penggunaan bahan kimia.

Dipasaran seikat sayur berharga RM2.00 dan untuk sebulan berapa kos yang kita guna untuk membeli sayur? dengan hanya RM2.00 saya membeli benih dan saya dapat menuai sayuran saya selama 3 bulan. Saya dapat berjimat sebanyak RM100.00 sebulan bagi kos membeli sayuran dan wang ini keluarga saya gunakan untuk pembayaran bil-bil yang lain.

Diblog ini juga saya ingin memberikan petua dalam pemilihan benih sayuran :-

a) Pilih benih sayuran yang kerap digunakan
b) Pilih sayuran hijau (banyak khasiat)
c) Pilih benih yang sesuai dengan tanah dirumah
d) Pilih benih yang berbungkus kedap udara
b)Elakan membeli benih yang basah @ lembap