Monday, 14 March 2011

Hasil Kebun Belakang Rumah






Kerajaan mengalakan kita menanam sendiri sayur-sayuran untuk mengelakan pengaliran wang keluar bagi mengimport makanan dari luar negara. Jesteru itu saya dan isteri cuba mempraktikan penamanan sayur dibelakang rumah, tanaman yang saya tanam adalah sayuran asas dalam pemakanan kita seperti sawi, kangkong, tomato, keledek dan lada cili. Tanaman seperti yang saya sebutkan tidak memerlukan ruang yang luas, dengan hanya mempunyai kelebaran tanah dibelakang rumah bersaiz 20'x10' saya mampu bercucuk tanam.

Pemilihan tanaman juga penting, kita perlu mengambil kira sayur-sayuran yang selalu digunakan didapur kita. Tanam sendiri juga baik untuk kesihatan kerana kita dapat mengawal penggunaan racun perosak dan sekali gus dapat menyelamatkan alam sekitar kita dari penggunaan bahan kimia.

Dipasaran seikat sayur berharga RM2.00 dan untuk sebulan berapa kos yang kita guna untuk membeli sayur? dengan hanya RM2.00 saya membeli benih dan saya dapat menuai sayuran saya selama 3 bulan. Saya dapat berjimat sebanyak RM100.00 sebulan bagi kos membeli sayuran dan wang ini keluarga saya gunakan untuk pembayaran bil-bil yang lain.

Diblog ini juga saya ingin memberikan petua dalam pemilihan benih sayuran :-

a) Pilih benih sayuran yang kerap digunakan
b) Pilih sayuran hijau (banyak khasiat)
c) Pilih benih yang sesuai dengan tanah dirumah
d) Pilih benih yang berbungkus kedap udara
b)Elakan membeli benih yang basah @ lembap

1 comment:

  1. Assalamualaikum... boleh saya tahu apakah semaian yang dlm bekas di bawah net tu? Saya belajar2 tanam sendiri, jadi sedang mencari ilmu ...

    ReplyDelete